Monday, April 19, 2010

Biar Falak Berbicara Lagi ( 3 )

Seorang kenalanku bertanya, "mengapa sering masukkan unsur sastera dalam falak bicara?" Hmm...agak sukar untuk kujawab soalan itu....entah mengapa setiap tulisanku ada saja 'ter' masuk unsur sastera atau ayat berbunga satira....mungkin sudah terbiasa agaknya!!! Apapun, bagiku ayat-ayat berunsur sastera bisa memainkan peranan dalam mewujudkan minat sesetengah orang terhadap ilmu falak...guruku, Dr Baha pun tak kurang hebatnya dalam berbahasa....Memetik kata-kata sahabatku, Faisal Tehrani...sastera membugar jiwa...ada benarnya...dan harapanku agar bahasaku yang tak seberapa di dalam setiap bicara selepas ini akan membugar jiwa-jiwa yang ketandusan....malah menghidupkan rasa cinta seni dan sains ilmu falak itu sendiri.

Malah, seandainya kita menelusuri sejarah peradaban keilmuan terdahulu...memang kesusateraan antara bidang utama yang menjadi tumpuan sarjana mahupun timur atau barat untuk mendalaminya selepas bidang ekonomi dan sains fizik. Ah, andai aku bisa gabungkan kesemuanya dalam satu....alangkah bertuahnya. Lebih bertuah lagi andainya kita sama-sama dapat menguasai semua bidang keilmuan tersebut. Kata sahabatku lagi....orang yang berjiwa sastera sebenarnya seorang yang paling berhemah....sentiasa tenang dalam menyembunyikan amarahnya....semuanya dinukilkan dengan bait-bait indah....atau sindiran...agar pihak yang dimaksudkan terpelihara air mukanya. Mmmm, entah bagaimana aku untuk menguasai segalanya....dalam menyampaikan maklumat falak seiring dengan bahasa-bahasa indah yang bisa menyerap ke hati kecil dan membugar jiwa yang sedang lesu. Nantilah..bagiku penyatuan sains dan seni dalam satu medan suatu usaha yang amat menarik...kerana ahli-ahli falak yang keseorangan di malam-malam sunyi sementara menantikan munculnya sang rembulan atau terbitnya planet-planet tegar....mampu mengusik perasaan halus mereka untuk berkarya...Raikan falak....dalam apa jua cara sekalipun...

No comments:

Post a Comment