Friday, April 16, 2010

Mencerap anak bulan

Aktiviti mencerap anak bulan sememangnya tugas rutin pegawai-pegawai falak setiap negeri. Dan setiap kali hari berlakunya cerapan, akan berderiplah sms-sms rakan-rakanku dari negeri-negeri lain." Penang camner..nampak ke?" aku merenung sms dari Melaka....ah, bagai sukarnya untuk kujawab sms itu...."tak..awan tebal" jawabku ringkas....seringkas mesej pesanan ringkas!!! Petang semalam, aku bersama 55 pelajar ukur tanah POLISAS, Kuantan yang mengunjungi Pusat Falak Sheikh Tahir melakukan cerapan hilal Jamadil Awal 1431H. Ah...dalam keadaan awan yang tidak menentu, langit Pulau Pinang bagai kesedihan petang semalam... Namun,kesabaran para pelajar POLISAS amat aku kagumi sebenarnya...mereka menunggu sehingga bulan benar-benar terbenam...pencerapan kami tamatkan jam 20:03...bagai terngiang di telingaku pesanan guruku, Dr Baha..."ahli falak tidak boleh meninggalkan tapak cerapan sehingga bulan benar-benar tenggelam....walaupun cuaca amat buruk hari itu". Itulah yang aku praktikkan selama ini....dan aku terapkan jua pada rakan-rakanku yang baru dalam bidang falak ini. Kegusaranku tiba-tiba bertukar geram atas kehadiran Dr Baha...."saya orang pertama nampak di balai cerap KUSZA petang ni, anak bulan muncul lebih 20 minit di langit Merang". Ahhhh....jelesnya aku menerima sms itu...namun aku akur...rezeki masing-masing. Mungkin rezekiku di lain kali...mungkin tika Terengganu dilanda musim tengkujuh nanti....aku akan menghantui Dr Baha dengan sms-sms kenampakan hilal di Pulau Pinang pula....
Begitulah rutinku dan rakan-rakan setiap bulan...baik rakan-rakan di Pusat Falak Sheikh Tahir..atau rakan-rakan falak di negeri lain...saling berlumba memenangi kenampakan anak bulan. Suatu pertandingan yang amat sihat kurasakan....Apapun....selepas bulan ghurub, langit Pantai Aceh agak cerah dengan kemunculan Sirius, Orion, Procyon, Aldebaran, Castor dan Pollux....ah...sayangnya adik-adikku dari POLISAS tadi malam tak boleh lama di situ...kalau tak...boleh kita sama-sama mencerap bintang...disamping mengenal beberapa buruj yang agak familiar di langit....Raikan falak....

No comments:

Post a Comment