Saturday, October 3, 2015
Bulan,Wanita dan Talak
Dalam kitab Hayatul Hayawanat al-Kubra,pada membicarakan bab "al-Insaan", terdapat satu kisah yang dicoretkan tentang seorang lelaki yang berkata kepada isterinya, " Engkau tertalak tiga sekiranya tiada jadi engkau bagi diriku lebih baik ( lebih cantik) daripada bulan". Mengadu isterinya pada penguasa dan seluruh bandar tempat tinggalnya mengatakan bahawa wanita itu telah tertalak tiga. Tiba berita ini kepada seorang alim....lalu beliau mengatakan tidak jatuh talak tersebut. Ini berdasarkan surah at-Tiin...ayat 4..."Sesungguhnya kami (Allah) jadikan manusia (insaan) itu sebaik- baik kejadian". Makanya, insaan iaitu manusia adalah lebih baik, lebih cantik,lebih elok daripada segala ciptaan Allah yang lain....
Wallahu a' lam....jom raikan falak...
Wednesday, September 9, 2015
Kitab 'Alamul Husab fi ilmil Hisab
Syeikh Ahmad Khatib pernah menukilkan dalam satu kaedah matematik , "...pada memukulkan bilangan yang antara lima dengan sepuluh setengahnya kpd setengah iaitu bahawa dikumpulkan dua bilangan itu dan diambil bilangan yg lebih drpd sepuluh daripada kumpulan itu maka hendaklah dijadikan akan dia jadi puluh dan hafaz akan dia dan dipukulkan akan bilangan yg pencukupkan sepuluh pada sesuatu keduanya kpd yg pencukupkan sepuluh drpd yg satu lagi dan dicampurkan akan hasilnya kpd puluh yg dihafazkan dan hasilnya itu hasil pukulan..."
Tuesday, September 8, 2015
Kembali
Alhamdulillah....masalah kata laluan telah dapat diatasi dan saya kembali dapat mengendalikan blog ini...Salam Buat Semua...
Wednesday, December 17, 2014
Rubu' Mujayyab
Atas permintaan, Rubu' Mujayyab rasam Almarhum Haji Abdul Rahman Saleh telah disiapkan. Bagi yang berhajat memilikinya boleh menghubungi saya 019-4494950 atau 012-5694950. Harga COD ialah RM 35.00 dan Poslaju ialah RM 45.00.Moga bermanfaat...Insya Allah.
Thursday, December 5, 2013
Bengkel Pengenalan Rubu' Mujayyab
Kelab Astronomi Amatur Malaysia dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan Bengkel Pengenalan Rubu' Mujayyab pada 14 Disember 2013 (Sabtu) bertempat di Masjid Daerah SPS bermula jam 9.00 pagi. Yuran penyertaan adalah RM 50.00 dan peserta akan mendapat seunit Rubu' Mujayyab berharga RM 35.00. Bengkel ini terbuka kepada orang ramai yang berminat mempelajari penggunaan Rubu' Mujayyab dalam mengukur waktu, mengukur arah kiblat, waktu solat, ketinggian dan penyelesaian sinus. Daftar segera kerana tempat adalah TERHAD.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019-4494950...atau terus berhubung dengan pegawai Masjid Daerah SPS....
Friday, August 16, 2013
Mengukur Jam dengan Menggunakan Rubu' Mujayyab
KAEDAH
MENGELUARKAN JAM DENGAN MENGGUNAKAN RUBU' MUJAYYAB
MAKLUMAT/
DATA YANG DIPERLUKAN : -
1. PENGUKURAN
SEBENAR DENGAN RUBU'
2. WAKTU
MAHALLI (TEMPATAN)
3. TA'DIL
AZZAMAN (EQUATION OF TIME)
4. WAKTU
ANGGARAN
PENGUKURAN
SEBENAR DENGAN RUBU'
langkah
pertama mestilah adanya cahaya matahari
seterusnya
ambil bayang matahari yang selari antara hadaf ulya dan hadaf sufla
baca
bacaan pada benang yang jatuh di atas permukaan rubu'
Contoh
bacaan pada rubu' 48°
tukarkan
bacaan 48°(DARJAH) kepada JAM, di mana 1 jam bersamaan 15°, jadi 48° bersamaa 3
jam 12 minit.
Maklumat
pertama daripada pengukuran sebenar ialah 3 jam 12 minit
WAKTU
MAHALLI (TEMPATAN)
waktu
mahalli di kira dengan menukarkan beza LONGITUD tempatan kepada JAM
contohnya,
longitud Pulau Pinang ialah 100° 12'. Waktu piawai Malaysia menggunakan titik
120°. Jadi 120° - 100° 12' = 19° 48'.
tukarkan
kepada JAM, jadi 19° 48' / 15 = 1 jam 19 minit
maklumat
kedua untuk waktu mahalli ialah 1 jam 19 minit
ialah perbezaan waktu matahari ketara
dengan waktu matahari purata.
Graf
Equation of time
Namun, di dalam pembelajaran rubu'
mujayyab tradisional telah disertakan jadual bagi Ta'dil az-zaman. Akan tetapi
didalam jadual ini hanya terdapat tarikh di dalam haribulan buruj.
Apa yang perlu, ialah menukarkan TARIKH
MASIHI kepada TARIKH BURUJ dengan menggunakan satu lagi jadual seperti jadual 1 (sila rujuk entri sebelum ini)
Contoh, 30 September adalah bersamaan 6
LIBRA.
Cari tarikh 6 Libra di dalam jadual Ta'dil Azzaman, kita akan dapati jawapnnya ialah - 10.
maklumat ketiga untuk Ta'dil Azzaman
ialah -10 minit.
WAKTU
ANGGARAN
maklumat keempat ialah 6 jam.
KIRAAN
WAKTU JAM =
3 jam 12 minit, tambah
1
jam 19 minit, tolak
10 minit,tambah
6 jam 00
minit.
10 jam 21 minit.
Jadi, waktu yang diukur dengan rubu' tadi adalah pukul 10 : 21 pagi
Semoga bermanfaat.....jom raikan falak....
Subscribe to:
Posts (Atom)







